Ringkasan Booloo (filem)

Pegawai British, Robert Rogers, telah menulis buku mengenai harimau putih dan ramai gadis orang asli dikorbankan oleh puak Sakai di Malaya dan Singapura. Tetapi para pengkritik (yang tidak percayakan wujudnya harimau putih) mempersendakan bukunya itu.

Oleh kerana buku tersebut ditulis berdasarkan cerita oleh ayah Robert Rogers yang disampaikan kepadanya, tidak ada cara lain melainkan dia pergi sendiri ke Malaya dan Singapura bagi membuktikan apa yang dikatakan oleh ayahnya itu benar lebih-lebih lagi sejak London Explorere's Soceity mengalihkan plaque ayahnya dari dinding peringatan (sebagai penghormatan) di bangunannya.

Ketika memburu harimau putih itu, Robert Rogers telah ditangkap oleh puak orang asli yang ganas, dicakar oleh harimau, menyelamatkan Mamo Clark daripada menjadi korban, pertembungannya dengan ular sawa dan berbagai-bagai lagi.

Akhirnya, Robert Rogers berjaya dalam membuktikan kesahihan cerita yang terdapat dalam bukunya itu, dan apabila dia pulang didapatinya plaque ayahnya telah diletakkan semula ke tempat asalnya.